Thursday 5 April 2012

Cara Rasulullah s.a.w Menjaga Kesihatan


Assalamualaikum ..

Peringatan buat saya dan sahabat2 semua :) 
Semoga bermanfaat dan dapat kita semua amalkan ..

Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w yang perlu umat islam contohi? 

-Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua cara hidup sihat Nabi Muhammad s.a.w amalkan. 
-Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.  Bukan bermakna nabi terhidar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya  hanya pernah sakit beberapa kali sahaja..
-Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan..
-Badan kita sihat, tetapi kebanyakkan hati kita berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda s.a.w amalkan adalah : 

Selalu Bangun Sebelum Subuh

-Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melakukan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran ..


Aktif Menjaga Kebersihan

-Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.. 
-"Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian."  (Hadis riwayat Muslim)


Tidak Pernah Makan Berlebihan

-Sabda Rasulullah yang bermaksud : "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)."  
-Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air, dan sepertiga lainnya untuk makanan. 
-Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat ..


Gemar Berjalan Kaki

-Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar .. 

Tidak Pemarah

-Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dari kekuatan Muslim, bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa..
-Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah.. bila berdiri maka hendaklah kita duduk, dan apabila sedang duduk, maka baringlah ..
-Kemudian membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, bersegeralah mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan kegundahan dalam hati .. 



Ok, ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk anda semua ..
Semoga kita sama2 dapat mempratikkan & istiqomah walaupun sedikit .. 

Wassalam ..  :) 



No comments:

Post a Comment