Tuesday 22 November 2011

Jom Solat di Masjid Secara Berjemaah





Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya yang x seberapa ni.. 


     Tapi, kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai solat secara berjemaah di masjid atau di surau bahkan juga di rumah sekalipun.. Mula-mula, saya terangkan maksud apa itu solat berjemaah..






     Solat berjemaah ialah solat beramai-ramai sekurang-kurangnya bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat iaitu 2 orang.. 


     Seorang menjadi imam dan seorang lagi menjadi makmum, itu sudah dikira solat berjemaah.. tetapi semakin ramai bilangan yang solat bersama-sama iaitu jemaah, semakin banyak pahala jemaah yang mereka dapat..
Subhanallah..






     Manakala terdapat juga tuntutan berjemaah pada solat fardhu iaitu solat 5 kali sehari semalam..

    Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang paling masyhur dan paling soheh menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan kepada lelaki (banin) dan perempuan (banat) yang telah baligh, berakal bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syar'i..  

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah

     Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.. Sabda Nabi s.a.w.yang bermaksud :

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).                    

      (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maknanya disini, Rasulullah SAW juga menyeru umatnya supaya melakukan solat secara berjemaah ..

     Jadi, sekiranya dalam sesebuah kampung atau mukim telah mendirikan solat berjemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau di surau, maka gugurlah dosa atas semua penduduk atau mukim yang tidak hadir bersolat berjemaah bersama-sama.. 

     Tetapi perlu diingatkan bahawa sekiranya tidak ada satu kumpulan pun yang mendirikan solat secara berjemaah, maka semua penduduk beserta ketua kampung atau mukim itu berdosa ... 

     INGAT, BAHAYA 2...!!!



No comments:

Post a Comment