Thursday 5 April 2012

Cara Rasulullah s.a.w Menjaga Kesihatan


Assalamualaikum ..

Peringatan buat saya dan sahabat2 semua :) 
Semoga bermanfaat dan dapat kita semua amalkan ..

Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w yang perlu umat islam contohi? 

-Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua cara hidup sihat Nabi Muhammad s.a.w amalkan. 
-Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.  Bukan bermakna nabi terhidar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya  hanya pernah sakit beberapa kali sahaja..
-Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan..
-Badan kita sihat, tetapi kebanyakkan hati kita berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda s.a.w amalkan adalah : 

Selalu Bangun Sebelum Subuh

-Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melakukan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran ..


Aktif Menjaga Kebersihan

-Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.. 
-"Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian."  (Hadis riwayat Muslim)


Tidak Pernah Makan Berlebihan

-Sabda Rasulullah yang bermaksud : "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)."  
-Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air, dan sepertiga lainnya untuk makanan. 
-Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat ..


Gemar Berjalan Kaki

-Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar .. 

Tidak Pemarah

-Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dari kekuatan Muslim, bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa..
-Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah.. bila berdiri maka hendaklah kita duduk, dan apabila sedang duduk, maka baringlah ..
-Kemudian membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, bersegeralah mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan kegundahan dalam hati .. 



Ok, ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk anda semua ..
Semoga kita sama2 dapat mempratikkan & istiqomah walaupun sedikit .. 

Wassalam ..  :) 



Tuesday 3 April 2012

Rahsia Jari Tangan Anda ..

Assalamualaikum .. 


Maaf sebab lama dah saya tak update blog ni .. Maklumlah pelajar, macam2 kerja saya dapat. Saya nak kongsi dengan semua mengenai jari tangan je, simple.. Tapi, kita semua tak boleh ambil mudah tentang perkara ni .. Jom kita semua baca dan fahami .. 


Seperti mana kita tahu, manusia dicipta oleh Allah Taala mempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri. 
Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang diberi, kita akan mendapati disebalik 5 jari itu tersimpul peringatan untuk kita. 
Jom kita tengok! Lekapkan tapak tangan kanan di atas meja. Kemudian, perhatikan jari satu persatu bermula hujung jari kanan..  


Klau kita perasan, di tapak tangan kita juga sudah mempunyai  nama2 Allah  ..
Itu semua Hak Allah Taala ..
Jari Kelingking : 


Kecil dan kerdil. Lambang seorang pemuda bermula dari seorang kanak-kanak. Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak - kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bak kata pepatah, " Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya" .. 


Jari Manis : 


Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja. Di sebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita untuk `amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar - benarnya ..


Jari Hantu : 


Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini - sekitar 30-an ke atas - kehidupan telah stabil. Tetapi perlu diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya `hantu2' yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego, hantu tamak dan pelbagai hantu yang samseng. Disinilah keimanan kita sering kali diuji - untuk menghindarinya, banyakkan beribadah .. 
Subhanallah !!
Jari Telunjuk :


Jari yang mengungkap satu dan keEsaan Allah Taala ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat.


Jari Ibu :


Jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling ke arah jalan yang benar - iaitu agama Allah Taala.. 
Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima .. :)


Kesimpulannya, marilah kita sama-sama merenung dan berfikir apa yang telah kita lakukan dengan jari-jari selama ini .. 
Fikirkan mana yang terbaik untuk menjadi diri yang TERBAIK !! ..  


Wallahu 'alam .. :)