Tuesday 28 February 2012

Something Nice to Ponder ..

Assalamualaikum..


        Welcome to My blog .. !!! Nice !!  :) 


How we spend our days is, of course, how we spend our lives.. When you have a rainbow deep down in your heart, you know you're a part of that wonderful and colourful life..



Be simply yourself;
Be content with what you have; 
Don't compare or compete;
Rejoice in the way things are;
Everybody will respect you
and the whole world belongs to you!!





Short as life is;
we make it still shorter
by the careless waete of time.
Everyone ought to spend part of their life
making someone else's life better or even happies...





If you don't like something;
change it.
If you can't change it,
change your attitude.
Don't just simply complain...
You understand ... ??




Ok, that all for mornining !!

Wallahu 'alam.. be happy~! 





Monday 27 February 2012

Nasihat Rasulullah s.a.w Kepada Saidina Ali r.a


Assalamualaikum..

Alamak, dah lewat malam baru saya nak kongsikan sikit pesanan dari Rasulallah s.a.w kepada 

Saidina Ali untuk tatapan anda semua..




Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.








             Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat 


yang baginda Rasulullah s.a.w sebutkan kepada Saidina Ali karamullahhu wajhah itu tadi..


Insya allah.. :)   Sekian daripada saya untuk malam ini.. 


Wallahu 'alam... 





Sunday 19 February 2012

Tak Patut Mereka Lakukan Terhadap Ibu Mereka Begitu..


























Assalamualaikum..

                                

Hari ni saya nak kongsikan sedikit perilaku yang mungkin sesetengah budak buat  sewaktu kecil dahulu hingga dewasa..

Ketika kau berumur 14 tahun, Ibu ingin tengok rancangan agama sedangkan kau ingin tengok cerita korea.
Sebagai balasannya, kau lempar remote hingga pecah berkecai..

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu pulang kerja masih ingin memeluk dan menciummu.
Sebagai balasannya, kau jawab .. "apalah mak nii..saya dah besar, rimas laa" lalu lari kunci pintu bilik..



Saat kau berumur 16 tahun, Ibu membenarkan kamu menggunakan komputer ribanya.
Sebagai balasannya, kau menggunakan Komputer ribanya hingga tidak ada kesempatan beliau nak menggunakannya..

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu sedang menunggu panggilan telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu mengalirkan air mata menangis di atas kejayaanmu dalam peperiksaan STPM.
Sebagai balasannya, kau meraikannya hanya dengan teman-temanmu sedangkan dengan ibu buat endah tak endah saja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu masih ingin berjalan bersama-sama dengan mu...
Sebagai balasannya engkau meninggalkan ibu jauh di belakang, malu kalau kawan-kawan tengok.. tak patut betul..

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu memelukmu dengan penuh kesyukuran saat kau lulus pengajian tinggi mu..
Sebagai balasannya, kau tanya ibu bila hendak membelikan hadiah untuk mu.

Saat kau berumur 40 tahun, dia menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah .
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ibu, saya terlalu sibuk, tidak ada masa terluang untuk balik!”

Saat kau berumur 55 tahun, Ibu sakit tak kebah sehingga memerlukan perhatian mu..
Sebagai balasannya, kau hantar dan upah bibik untuk menguruskannya.. anak2...

Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang tanpa kehadiran mu....
Dan tiba-tiba di satu ketika, kau teringat semua yang tidak pernah kau lakukan untuk gembirakan hati ibu mu.... sayangnya dia telah tiada lagi...

Akhirnya, budak itu tidak boleh berbuat apa2 melainkan hanya mengenangkan nasibnya 
yang tidak menentu.. 
Walaupun kerja dah ada, sudah berkahwin, ada projek besar, tapi kalau hidup tanpa reda Ibu dan Allah SWT, kehidupan seseorang itu ibarat tidak bermakna..

Hadis Nabi yang bermaksud :

"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

(Hadis Riwayat at-Tirmizi).




Renungkan..
Wassalam..