Friday 30 December 2011

Hari-Hari Terakhir Semesta :)



Assalamualaikum...


Fuh!.. jenguk-jenguk pada entri blogger di blog-blog yang saya terjah, rasa-rasanya sekarang ini kebanyakkan mahasiswa-mahasiswi tidak kira di universiti tempatan mahupun swasta dan tidak ketinggalan luar negara sedang  bertungkus lumus mengulangkaji untuk menduduki peperiksaan.. (saya pun sama) =.=' hehe..

Ada yang sampai demam, hilang selera makan, fokus, kurang berfacebook, kurangkan bersosial, kurangkan berblogs.. Dan tidak kurang juga ramai yang mula merasa ketakutan, kebimbingan, keresahan untuk menghadapi peperiksaan. Peh! Terbaiklah.. 
(wa caiya sama lu)..

Masing-masing menyibukkan diri dan mula menyiapkan diri untuk peperangan (peperiksaan) yang akan datang setiap hujung semester ni.. Memang respect giler  kawan  kepada mereka-mereka ini kerana menjadikan peperiksaan satu mutiara yang sangat penting lagi berharga.. Seronokkan??


Mengimbau kembali zaman kawan belajar dulu.. (ceh! macam dah habis belajar je..) 

Ingat lagi saya waktu zaman sekolah menengah dulu, apabila hari test atau exam di dewan @ kelas,  skil biasa datang bawa calculator, tambah pensil sebatang & pemadam, dan tambah pen lagi sebatang.. Hairan.. =.=??  Macam dah jadi kebiasaan sementara menunggu masuk dewan, ramai yang datang hendak ambil exam masih serius membaca nota, membelek nota.. Dalam hatiku berkata (fuh! Buat tambah tension aku je... saat akhir pun masih tidak habis-habis study).. ayat nak best.. Peperiksaan itu kan ketenangan bukan keresahan.. B.)

yang penting usaha dulu kemudian berdoa & tawakal
Exam untuk apa? Sudah tentu ramai yang berkata exam untuk mendapat result cemerlang, untuk menjadi insan gemilang, untuk kebanggaan ibu dan ayah, untuk segulung sijil.. Study untuk final exam, exam untuk mudah dapat kerja, ikhlas belajar  kerana Allah.. Peperiksaan itu bukan beban peperiksaan itu kesenangan..

Akhir kata, jangan salahkan hadirnya peperiksaan, salahkan diri kerana menjadikan peperiksaan itu satu perkara yang menakutkan.. Selamat maju jaya kepada semua warga pelajar kawan-kawan yang mengambil periksa.. Moga-moga dengan hadirnya niat ikhlas belajar kerana Allah, akan menjadikan peperiksaan itu satu nikmat yang tidak berbelah bagi untuk kita mencari kecemerlangan dan sekaligus mendapat reda Allah Taala.



Insya allah... Good Luck!!
Wassalam.. :)

Saya Sibuk.. Maaf ye.. :(

Assalamualaikum..



Em..., saya rasa dah ramai yang  berkunjung kt blog saya ni, tapi cuma tak sign up je kt blog ni.. mungkin terlupa kut.. Maaf la dah lama tak update blog ni, mungkin dah berabuk kut.. haha saya tak sempat nak update sebab banyak sangat kerja dan kebetulan periksa plak minggu ni... 


Wallahu 'alam.. :)

Friday 23 December 2011

Hujan!! Oh Hujan...!!

Assalamualaikum..


Em.. malam ni hujan renyai di tempat saya.. Dah berhari-hari di sini hujan, saya rasa   mungkin hampir seminggu kut dah hujan panas, hujan panas.. Saya pun rasa macam tak sihat je sejak kebelakangan ni, mungkin disebabkan keadaan sekeliling di tempat saya sekarang..


Saya pun sebenarnya tidak boleh nak salahkan keadaan cuaca sekarang..em.. cuba anda bayangkan suatu hari nanti yang turun dari langit bukannya air, tapi duit!!! Lain pulaknya klau hujan batu pula.. mesti sakit klau kena hujan batu tu kan?


Wah, seronoknya klau macam ni!!
Tapi, klau anda semua nak tahu hujan pun ada kelebihannya.. Contohnya, bagi pekebun yang mempunyai kebun sayur-sayuran dan buah-buahan yang luas.. Mungkin mereka memerlukan air yang banyak dan kebarangkalian pekebun-pekebun untuk menyiram setiap pokok yang ada di kebun mereka adalah sedikit.. Mereka hanya akan berharap pada hujan yang turun.. Klau difikirkan ada betulnya juga hujan ni untuk kegunaan orang lain..


   Kebaikan hujan :-

  • Memberi rahmat kepada sekalian alam..
  • memberi bekalan air kepada bumi, tumbuhan dan sebagainya..
  • Menyejukkan suasana yang dah memang panas..
  • Boleh mandi hujan huhu..
  • Boleh menitiskan air mata, tak de orang perasan pun 
  • Boleh main sampan (kertas) haha
  • lagi.. korang pulak yang bagi!!

Keburukan hujan pulak  :-
  • Hujan boleh mengakibatkan banjir!! (macam di Terengganu) kesian..
  • Hujan boleh mengakibatkan tanah runtuh
  • Klau kat jalan raya mungkin kemalangan boleh berlaku, na'uzubillah..
  • Tak boleh pergi kelas (bagi yang kaki ponteng) bagi alasan..
  • Tak boleh pergi mana-mana (melancong klau basah?)
  • pnat la tulis.. korang pun tahu kan?

Kesimpulan yang boleh saya bagi tentang hujan ni, kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada lagi rezeki Allah Taala turun ke muka bumi ini lagi.. Kita sama-sama berdoa semoga hujan itu membawa rahmat kepada kita semua dan makhluk ciptaan-Nya..


Wallahu 'alam..
Sekian..


Wednesday 21 December 2011

MaNiSNya UkHuWah..

Assalamualaikum..






Hari ini saya hendak berkongsi kata-kata Alamah tentang keistimewaan mempunyai sahabat kepada kamu semua.. Baca dan renungkan bersama..


Alqamah berpesan kepada puteranya. Katanya : Wahai anakku! Kiranya engkau merasa perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut : 


(1)   Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan berusaha melindungimu..


(2)   Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu..


(3)   Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu..


(4)   Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik..


(5)   Jika dia memdapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu..


(6)   Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan berusaha menutupnya.. 


Memang seronok kalau kita semua dapat sahabat seperti yang saya tuliskan di entry 
saya tadi.. Jadi pandai-pandailah kita memilih kawan atau sahabat, kerana kawan 
atau sahabat juga boleh mengubah cara hidup seseorang.. Percaya la..

Sekian..
Wassalam.. 



Tuesday 20 December 2011

Ingatlah Jasa Seorang Ibu..

Assalamualaikum.. 


Hari ni saya merasa rindu kepada seorang ibu yang telah banyak mengorbankan masa dan segala - galanya kepada saya dan adik beradik saya.. Saya sekarang berjauhan dengan ibu bapa saya sekarang, dan walau bagaimanapun saya tidak akan melupakan untuk mendoakan kesejahteraan keluarga saya disana.. 
Marilah kita bersama merenung dan mendoakan semoga segala pekerjaan yang mereka lakukan mendapat balasan di akhirat kelak.. Insya allah...



Ingatlah jasa seorang manusia yang bergelar 'seorang ibu'...
Sekian..


Monday 19 December 2011

Cerita Seorang Budak

Assalamualaikum..
Em... hari ni saya nak kongsi satu cerita yang berlaku kat ustazah saya. Kebetulan saya ada masa malam ni, klau tidak saya ada periksa minggu ni. Doa - doakanlah saya mudah jawab ye.. Ok, saya sambung cerita saya tadi..
Di dalam kelas tadi, sebelum ustazah saya mulakan sesuatu pembelajaran beliau akan memberikan kami peringatan atau tazkirah.. Ustazah saya memang rajin dan peramah orangnya.. Eh lupa plak saya nak kongsi cerita ni..


Suatu hari, beliau sedang rehat sambil menyiapkan kerja sebagai seorang pensyarah.. Tiba - tiba, datang seorang budak masuk dan terus meminta kebenaran kepada ustazah saya utk duduk.. Kemudian, ustazah saya bertanya kepada budak itu sebab kehadirannya ke sini.. Ikuti perbualan beliau (lebih kurang macam ni la) :


Ustazah      :   Dik, ada apa nak tanya ustazah?


Budak       :    Xde apa ustazah.. tapi saya tiba-tiba terfikir, boleh saya tanya ustazah?


Ustazah     :    Mesti boleh, cakap la apa dia dik.


Budak      :     Ustazah, berdosa ke klau kita tengok 'babi'?


Ustazah    :     (saya terpana sebentar kemudian bertanya).. Takde la, knpe adik ckap          macam tu?


Budak      :     Betul ke ustazah? Klau tak berdosa boleh pandang la ye?


Ustazah    :     Betul adik, setiap makhluk kejadian Allah kita boleh kita melihat dan  menyayanginya.. tapi klau macam haiwan ni (babi), kita hanya boleh tengok dan tidak boleh dipegang..


Budak      :    em.. klau macam tu kita tengok perempuan pakai pakaian yang nampak aurat mereka tu tak berdosa la ye ustazah?


Ustazah   :    (terkejut saya kerana seorang budak terfikir tentang hal ini).. sebenarnya dik, apabila melihat aurat seorang perempuan bukan muhrim adalah berdosa.. tidak kiralah sesiapa pun, perempuan atau lelaki yang mendedahkan aurat mererka juga dikira berdosa kerana menunjukkan aurat mereka itu..


Budak itu termenung seketika kemudian berkata..


Budak    :      Klau macam tu ustazah, perempuan yang menunjuk aurat mereka itu lebih teruk daripada 'babi' itu ye ustazah?


Ustazah   :   (Benar juga kata-kata budak ni) ada betulnya kata-kata adik tu.. aurat mereka tidak boleh dilihat  dan juga tidak boleh dipegang tetapi binatang tu hanya boleh dilihat dan tidak boleh disentuh..


Budak   :   Ustazah, saya mintak maaf menggangu masa rehat ustazah.. dan terima kasih banyak-banyak mendengar cerita saya petang ni..



Wah, anda mungkin tertarik dengan cerita dan pandangan seorang budak yang kebetulan baru

pulang dari sekolahnya singgah sebentar utk berkongsi pendapatnya bersama seorang ustazah.. 

Betapa majunya pemikiran seorang budak yang memikirkan tentang keadaan sekarang yang 

sedang berlaku pada zaman sekarang.. Marilah saya mengajak anda semua utk mengambil 

iktibar daripada cerita yang saya sampaikan ini..







Sekian, wassalam..

Monday 12 December 2011

"Doa untuk kekasih"

Assalamualaikum..

         Kali ni saya nak kongsikan sedikit doa kepada anda semua, yang mana doa ini mungkin 


boleh dibaca selepas bersolat dan kepada anda semua juga boleh mengamalkan doa ini.. 


Sesungguhnya, Allah telah menetapkan sesuatu kepada semua makhluk dan ia telah 


ditentukan sejak azali lagi..  



Teringat Zaman Bercinta Dahulu Selalu Juga Amalkan Doa ni :


(emm... pernah bercinta ke kawan ni? hehe3)


بسم الله الرحمن الرحيم 


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin..


        Sebab tu la pentingnya sikap bersederhana dalam semua perkara .. Sesuatu hubungan yang belum pasti jangan la duk canang even bukan niat nak menunjuk atau berbangga .. Jangan juga kita terlalu yakin dengan sesuatu kerana tiada yang kekal di dunia ini .. Kita tak tahu apa yang bakal kita tempuh esok ..

        Bukan saya nak menunding jari kat sesiapa, cuma zaman sekarang ni memang ramai remaja yang duk bercerita perihal hubungan dia dengan pasangannya di blog masing-masing.. Bukan setakat bercerita,  ada juga yang letak gambar aksi manja bersama girlfriendnya .. Ada sesetengah tu belum bertunang, apa tah lagi berkahwin tapi dah gelarkan boyfriendnya tu ibarat suami sahaja..



Dari Abu Hurairah berkata,”Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja. Boleh jadi kelak akan menjadi musuhmu dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja. Boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu.

(HR. Turmudzi no.2065)

Sekian dari saya untuk kali ini.. Wallahu 'alam...

Saturday 10 December 2011

Contest I Love My Blog

Assalamualaikum semua ... 


Pertama sekali, saya nak anda semua ckap .... " Wow!! Cantiknya blog Khairul ni !! " 

Ribuan Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog saya ni.. B-) 

Saya teringin untuk memberitahu anda semua tentang blog saya ini.. 

Tapi saya xpernah lagi nak postkan blog saya kat dalam fb saya..

Sebab saya sayang blog saya 2 la yang saya tak rasa nak postkan lagi..  

Sebab itu saya sayang blog saya.. Mungkin saya boleh berkongsi maklumat 

dengan anda semua selepas ini ..

Insya allah... :)




Yang Penting Saya Sayang Blog Saya ni...

huhuhu... :)



Wednesday 7 December 2011

Cegah Sebelum Terlambat



                Di dalam kehidupan yang sementara ini, pelbagai perkara sering terjadi sama ada kita sedar ataupun tidak.. Betulkah??  Kadang-kadang, perkara tersebut sebenarnya mudah untuk kita atasi dengan senang. Tetapi ada sesetengah perkara itu mampu menjadikan isu itu untuk menjadi pergaduhaan antara satu sama lain. Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi kepada antum semua cara-cara mengatasi pergaduhan melalui pembacaan saya dan pemikiran saya..







1. Jangan bersyarah panjang lebar.
Semakin lama kita mengharungi kehidupan ini, seseorang itu akan lebih menjadi matang.. Antum mestilah menghormati kawan anda atau pasangan anda dan juga yang paling penting diri sendiri sebagai seorang manusia yang dewasa.. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.. mungkin juga boleh menyebabkan seseorang itu marah kat kita tanpa kita sedar seperti ada satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas dalam hati terhadap anda boleh wujud, hasil dari sikap anda tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “saya adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku..
2. Jangan meninggikan suara.
Seperti kita semua maklum, anda mungkin mengetahui bahawa marah itu adalah sifat syaitan. Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, memang sukar untuk mengawal suara, lebih-lebih lagi apabila 'musuh' anda sendiri (orang lain yang tak sokong) meninggikan suara kepada anda.. Walau apa pun anda mesti ingat, merendahkan nada suara , bercakap dengan tenang dan tidak mementingkan diri amat pentingsekali bila berbincang dalam sesuatu konflik @ masalah.. Suasana yang tenang akan membuatkan anda dan orang lain mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain..
3. Jangan mempunyai perasaan untuk membalas dendam.. 
Apabila hati kita sedang di sakiti, sudah tentu kita akan ada perasaan untuk membalas dendam untuk menyakiti hati si dia semula bukan ? Anda jangan sesekali bertindak sedemikian kerana ini akan membuatkan seseorang itu berdendam hingga ke akhir hanyat sekiranya dendamnya tidak dilunaskan.. Kita sebagai seorang mukmin hendaklah bersabar sekiranya kita disakiti, saya tahu bagaimana seseorang itu hendak menerima keadaan tersebut.. Sebagai contoh, sekiranya kita diejek atau dihina, kita hendaklah bersabar dan mendoakan agar hatinya akan berubah dan menjadi seorang yang baik.. Bak kata ayah saya, " klau orang lain ejek atau sakat kamu, tapi klau tak jadi kudis BIARKAN je lah DIA 2"...

      Ok la 2, mungkin setakat ni dulu saya beritahu cara-cara mengatasi perbalahan.. 

Mungkin lain kali saya akan tambah sedikit lagi info-info yang menarik kepada anda ok!!

Selamat Membaca Dan Beramal.. :)