Friday 30 December 2011

Hari-Hari Terakhir Semesta :)



Assalamualaikum...


Fuh!.. jenguk-jenguk pada entri blogger di blog-blog yang saya terjah, rasa-rasanya sekarang ini kebanyakkan mahasiswa-mahasiswi tidak kira di universiti tempatan mahupun swasta dan tidak ketinggalan luar negara sedang  bertungkus lumus mengulangkaji untuk menduduki peperiksaan.. (saya pun sama) =.=' hehe..

Ada yang sampai demam, hilang selera makan, fokus, kurang berfacebook, kurangkan bersosial, kurangkan berblogs.. Dan tidak kurang juga ramai yang mula merasa ketakutan, kebimbingan, keresahan untuk menghadapi peperiksaan. Peh! Terbaiklah.. 
(wa caiya sama lu)..

Masing-masing menyibukkan diri dan mula menyiapkan diri untuk peperangan (peperiksaan) yang akan datang setiap hujung semester ni.. Memang respect giler  kawan  kepada mereka-mereka ini kerana menjadikan peperiksaan satu mutiara yang sangat penting lagi berharga.. Seronokkan??


Mengimbau kembali zaman kawan belajar dulu.. (ceh! macam dah habis belajar je..) 

Ingat lagi saya waktu zaman sekolah menengah dulu, apabila hari test atau exam di dewan @ kelas,  skil biasa datang bawa calculator, tambah pensil sebatang & pemadam, dan tambah pen lagi sebatang.. Hairan.. =.=??  Macam dah jadi kebiasaan sementara menunggu masuk dewan, ramai yang datang hendak ambil exam masih serius membaca nota, membelek nota.. Dalam hatiku berkata (fuh! Buat tambah tension aku je... saat akhir pun masih tidak habis-habis study).. ayat nak best.. Peperiksaan itu kan ketenangan bukan keresahan.. B.)

yang penting usaha dulu kemudian berdoa & tawakal
Exam untuk apa? Sudah tentu ramai yang berkata exam untuk mendapat result cemerlang, untuk menjadi insan gemilang, untuk kebanggaan ibu dan ayah, untuk segulung sijil.. Study untuk final exam, exam untuk mudah dapat kerja, ikhlas belajar  kerana Allah.. Peperiksaan itu bukan beban peperiksaan itu kesenangan..

Akhir kata, jangan salahkan hadirnya peperiksaan, salahkan diri kerana menjadikan peperiksaan itu satu perkara yang menakutkan.. Selamat maju jaya kepada semua warga pelajar kawan-kawan yang mengambil periksa.. Moga-moga dengan hadirnya niat ikhlas belajar kerana Allah, akan menjadikan peperiksaan itu satu nikmat yang tidak berbelah bagi untuk kita mencari kecemerlangan dan sekaligus mendapat reda Allah Taala.



Insya allah... Good Luck!!
Wassalam.. :)

No comments:

Post a Comment