Monday 28 November 2011

25 Pesanan Luqman al-Hakim




Assalamualaikum semua. Kali ini saya akan mengingatkan kepada antum semua tentang nasihat seorang ulama' yang tertulis namanya didalam Al-Quran iaitu Luqmanul Hakim.. Mari sama-sama kita baca dan renungkan..  =.=

25 Pesanan Luqmanul Hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, jelajahilah  lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH .
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Tuesday 22 November 2011

Jom Solat di Masjid Secara Berjemaah





Assalamualaikum kepada pengunjung blog saya yang x seberapa ni.. 


     Tapi, kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai solat secara berjemaah di masjid atau di surau bahkan juga di rumah sekalipun.. Mula-mula, saya terangkan maksud apa itu solat berjemaah..






     Solat berjemaah ialah solat beramai-ramai sekurang-kurangnya bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat iaitu 2 orang.. 


     Seorang menjadi imam dan seorang lagi menjadi makmum, itu sudah dikira solat berjemaah.. tetapi semakin ramai bilangan yang solat bersama-sama iaitu jemaah, semakin banyak pahala jemaah yang mereka dapat..
Subhanallah..






     Manakala terdapat juga tuntutan berjemaah pada solat fardhu iaitu solat 5 kali sehari semalam..

    Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang paling masyhur dan paling soheh menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan kepada lelaki (banin) dan perempuan (banat) yang telah baligh, berakal bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syar'i..  

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah

     Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.. Sabda Nabi s.a.w.yang bermaksud :

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).                    

      (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maknanya disini, Rasulullah SAW juga menyeru umatnya supaya melakukan solat secara berjemaah ..

     Jadi, sekiranya dalam sesebuah kampung atau mukim telah mendirikan solat berjemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau di surau, maka gugurlah dosa atas semua penduduk atau mukim yang tidak hadir bersolat berjemaah bersama-sama.. 

     Tetapi perlu diingatkan bahawa sekiranya tidak ada satu kumpulan pun yang mendirikan solat secara berjemaah, maka semua penduduk beserta ketua kampung atau mukim itu berdosa ... 

     INGAT, BAHAYA 2...!!!



Hargailah Jasa Setiap Insan yang Bernyawa ...

MALAYSIA BOLEH !!!!! AAUUMMMMM !!!!

JUARA SUKAN SEA 2011




Alhamdulillah..


Kalau Allah dah tentukan rezeki Malaysia untuk menang, sepak la tang mana

sekalipun mesti menang jugak..Yang tak fahamnya, kenapa orang dok kutuk

sangat mat nombor tuutt tu.. Kalau takde dia time lawan Myanmar hari 2,

tak merasa la Malaysia nak p final tau.. Come on laa.. Jangan jadi seperti

kacang lupakan kulit boleh tak? Biasa la setiap sesuatu mesti ada masa naik

ada masa turun.. Dimana semangat kesukanan anda? Kata Malaysia Boleh  :)  B-)


Wednesday 2 November 2011

MUHASABAH DIRI ..

APA YANG DAH TERJADI KEPADA KAWAN - KAWAN KITA 


YANG DILANDAR TSUNAMI DI LUAR NEGARA 


CONTOHNYA ACHEH, DAN BARU - BARU NI DI NEGARA JEPUN .. 


Tuesday 1 November 2011

PERBANKAN ISLAM VS KONVENSIONAL






" Saya ingin memohon maaf kepada pengunjung blog saya ingin kerana saya kesuntukan waktu buat masa ini.. Oleh itu, saya akan sedaya upaya selepas ini untuk memperbaiki apa yang saya tersilap tulis sebelum ini.. Akhir kata kita akan bertemu lagi di lain lembaran "..  

semoga anda akan terhibur selepas saya menyambung semula blog saya ini..








 wallahu 'alam  ...