Monday 27 February 2012

Nasihat Rasulullah s.a.w Kepada Saidina Ali r.a


Assalamualaikum..

Alamak, dah lewat malam baru saya nak kongsikan sikit pesanan dari Rasulallah s.a.w kepada 

Saidina Ali untuk tatapan anda semua..




Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.








             Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat 


yang baginda Rasulullah s.a.w sebutkan kepada Saidina Ali karamullahhu wajhah itu tadi..


Insya allah.. :)   Sekian daripada saya untuk malam ini.. 


Wallahu 'alam... 





No comments:

Post a Comment