Hari ini saya hendak berkongsi kata-kata Alamah tentang keistimewaan mempunyai sahabat kepada kamu semua.. Baca dan renungkan bersama..
Alqamah berpesan kepada puteranya. Katanya : Wahai anakku! Kiranya engkau merasa perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
(1) Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan berusaha melindungimu..
(2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu..
(3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu..
(4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik..
(5) Jika dia memdapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu..
(6) Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan berusaha menutupnya..
Memang seronok kalau kita semua dapat sahabat seperti yang saya tuliskan di entry
saya tadi.. Jadi pandai-pandailah kita memilih kawan atau sahabat, kerana kawan
atau sahabat juga boleh mengubah cara hidup seseorang.. Percaya la..
Sekian..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment