Em... hari ni saya nak kongsi satu cerita yang berlaku kat ustazah saya. Kebetulan saya ada masa malam ni, klau tidak saya ada periksa minggu ni. Doa - doakanlah saya mudah jawab ye.. Ok, saya sambung cerita saya tadi..
Di dalam kelas tadi, sebelum ustazah saya mulakan sesuatu pembelajaran beliau akan memberikan kami peringatan atau tazkirah.. Ustazah saya memang rajin dan peramah orangnya.. Eh lupa plak saya nak kongsi cerita ni..
Suatu hari, beliau sedang rehat sambil menyiapkan kerja sebagai seorang pensyarah.. Tiba - tiba, datang seorang budak masuk dan terus meminta kebenaran kepada ustazah saya utk duduk.. Kemudian, ustazah saya bertanya kepada budak itu sebab kehadirannya ke sini.. Ikuti perbualan beliau (lebih kurang macam ni la) :
Ustazah : Dik, ada apa nak tanya ustazah?
Budak : Xde apa ustazah.. tapi saya tiba-tiba terfikir, boleh saya tanya ustazah?
Ustazah : Mesti boleh, cakap la apa dia dik.
Budak : Ustazah, berdosa ke klau kita tengok 'babi'?
Ustazah : (saya terpana sebentar kemudian bertanya).. Takde la, knpe adik ckap macam tu?
Budak : Betul ke ustazah? Klau tak berdosa boleh pandang la ye?
Ustazah : Betul adik, setiap makhluk kejadian Allah kita boleh kita melihat dan menyayanginya.. tapi klau macam haiwan ni (babi), kita hanya boleh tengok dan tidak boleh dipegang..
Budak : em.. klau macam tu kita tengok perempuan pakai pakaian yang nampak aurat mereka tu tak berdosa la ye ustazah?
Ustazah : (terkejut saya kerana seorang budak terfikir tentang hal ini).. sebenarnya dik, apabila melihat aurat seorang perempuan bukan muhrim adalah berdosa.. tidak kiralah sesiapa pun, perempuan atau lelaki yang mendedahkan aurat mererka juga dikira berdosa kerana menunjukkan aurat mereka itu..
Budak itu termenung seketika kemudian berkata..
Budak : Klau macam tu ustazah, perempuan yang menunjuk aurat mereka itu lebih teruk daripada 'babi' itu ye ustazah?
Ustazah : (Benar juga kata-kata budak ni) ada betulnya kata-kata adik tu.. aurat mereka tidak boleh dilihat dan juga tidak boleh dipegang tetapi binatang tu hanya boleh dilihat dan tidak boleh disentuh..
Budak : Ustazah, saya mintak maaf menggangu masa rehat ustazah.. dan terima kasih banyak-banyak mendengar cerita saya petang ni..
Wah, anda mungkin tertarik dengan cerita dan pandangan seorang budak yang kebetulan baru
pulang dari sekolahnya singgah sebentar utk berkongsi pendapatnya bersama seorang ustazah..
Betapa majunya pemikiran seorang budak yang memikirkan tentang keadaan sekarang yang
sedang berlaku pada zaman sekarang.. Marilah saya mengajak anda semua utk mengambil
iktibar daripada cerita yang saya sampaikan ini..
Sekian, wassalam..
No comments:
Post a Comment