Em.. malam ni hujan renyai di tempat saya.. Dah berhari-hari di sini hujan, saya rasa mungkin hampir seminggu kut dah hujan panas, hujan panas.. Saya pun rasa macam tak sihat je sejak kebelakangan ni, mungkin disebabkan keadaan sekeliling di tempat saya sekarang..
Saya pun sebenarnya tidak boleh nak salahkan keadaan cuaca sekarang..em.. cuba anda bayangkan suatu hari nanti yang turun dari langit bukannya air, tapi duit!!! Lain pulaknya klau hujan batu pula.. mesti sakit klau kena hujan batu tu kan?
Wah, seronoknya klau macam ni!! |
Kebaikan hujan :-
- Memberi rahmat kepada sekalian alam..
- memberi bekalan air kepada bumi, tumbuhan dan sebagainya..
- Menyejukkan suasana yang dah memang panas..
- Boleh mandi hujan huhu..
- Boleh menitiskan air mata, tak de orang perasan pun
- Boleh main sampan (kertas) haha
- lagi.. korang pulak yang bagi!!
Keburukan hujan pulak :-
- Hujan boleh mengakibatkan banjir!! (macam di Terengganu) kesian..
- Hujan boleh mengakibatkan tanah runtuh
- Klau kat jalan raya mungkin kemalangan boleh berlaku, na'uzubillah..
- Tak boleh pergi kelas (bagi yang kaki ponteng) bagi alasan..
- Tak boleh pergi mana-mana (melancong klau basah?)
- pnat la tulis.. korang pun tahu kan?
Kesimpulan yang boleh saya bagi tentang hujan ni, kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada lagi rezeki Allah Taala turun ke muka bumi ini lagi.. Kita sama-sama berdoa semoga hujan itu membawa rahmat kepada kita semua dan makhluk ciptaan-Nya..
Wallahu 'alam..
Sekian..
No comments:
Post a Comment