Wednesday, 7 December 2011

Cegah Sebelum Terlambat



                Di dalam kehidupan yang sementara ini, pelbagai perkara sering terjadi sama ada kita sedar ataupun tidak.. Betulkah??  Kadang-kadang, perkara tersebut sebenarnya mudah untuk kita atasi dengan senang. Tetapi ada sesetengah perkara itu mampu menjadikan isu itu untuk menjadi pergaduhaan antara satu sama lain. Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi kepada antum semua cara-cara mengatasi pergaduhan melalui pembacaan saya dan pemikiran saya..







1. Jangan bersyarah panjang lebar.
Semakin lama kita mengharungi kehidupan ini, seseorang itu akan lebih menjadi matang.. Antum mestilah menghormati kawan anda atau pasangan anda dan juga yang paling penting diri sendiri sebagai seorang manusia yang dewasa.. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.. mungkin juga boleh menyebabkan seseorang itu marah kat kita tanpa kita sedar seperti ada satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas dalam hati terhadap anda boleh wujud, hasil dari sikap anda tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “saya adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku..
2. Jangan meninggikan suara.
Seperti kita semua maklum, anda mungkin mengetahui bahawa marah itu adalah sifat syaitan. Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, memang sukar untuk mengawal suara, lebih-lebih lagi apabila 'musuh' anda sendiri (orang lain yang tak sokong) meninggikan suara kepada anda.. Walau apa pun anda mesti ingat, merendahkan nada suara , bercakap dengan tenang dan tidak mementingkan diri amat pentingsekali bila berbincang dalam sesuatu konflik @ masalah.. Suasana yang tenang akan membuatkan anda dan orang lain mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain..
3. Jangan mempunyai perasaan untuk membalas dendam.. 
Apabila hati kita sedang di sakiti, sudah tentu kita akan ada perasaan untuk membalas dendam untuk menyakiti hati si dia semula bukan ? Anda jangan sesekali bertindak sedemikian kerana ini akan membuatkan seseorang itu berdendam hingga ke akhir hanyat sekiranya dendamnya tidak dilunaskan.. Kita sebagai seorang mukmin hendaklah bersabar sekiranya kita disakiti, saya tahu bagaimana seseorang itu hendak menerima keadaan tersebut.. Sebagai contoh, sekiranya kita diejek atau dihina, kita hendaklah bersabar dan mendoakan agar hatinya akan berubah dan menjadi seorang yang baik.. Bak kata ayah saya, " klau orang lain ejek atau sakat kamu, tapi klau tak jadi kudis BIARKAN je lah DIA 2"...

      Ok la 2, mungkin setakat ni dulu saya beritahu cara-cara mengatasi perbalahan.. 

Mungkin lain kali saya akan tambah sedikit lagi info-info yang menarik kepada anda ok!!

Selamat Membaca Dan Beramal.. :)

No comments:

Post a Comment