Assalamualaikum..
Alamak, dah lewat malam baru saya nak kongsikan sikit pesanan dari Rasulallah s.a.w kepada
Saidina Ali untuk tatapan anda semua..
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat
yang baginda Rasulullah s.a.w sebutkan kepada Saidina Ali karamullahhu wajhah itu tadi..
Insya allah.. :) Sekian daripada saya untuk malam ini..
Wallahu 'alam...
No comments:
Post a Comment